1. DIR
DIR digunakan untuk melihat senarai fail dan folder yang terdapat di
dalam sesuatu media simpanan. Taipkan DIR selepas A:\> kemudian
tekan kekunci Enter. Contoh penggunaan;
A:\>DIR
Skrin akan memaparkan isi kandungan disket.
A:\>DIR C:
Skrin memaparkan isi kandungan partition C: cakera keras.
2. MD
Arahan MD digunakan untuk membuat folder dalam media simpanan.
Contoh:
A:\>MD windows
Membuat folder windows dalam disket.
A:\>MD D:\windows
Membuat forder windows dalam cakera D
3. COPY
Arahan COPY digunakan untuk menyalin fail dari satu lokasi ke lokasi
lain.
Contoh:
A:\>COPY surat.doc D:\Windows
Menyalin fail surat.doc ke dalam folder Windows yang berada di dalam
pemacu D:
4. FORMAT
Arahan untuk memformat cakera. Semua fail/data yang terdapat di
dalam cakera akan hilang atau dihapuskan.
Contoh:
A:\>FORMAT C:
Memformat pemacu C: atau partition C:
Biasanya arahan FORMAT dilakukan selepas membuat partition cakera
keras.
5. FDISK
Arahan untuk mengurus partition dalam cakera keras. Cakera keras
yang baru perlu dibuat partition supaya program sistem operasi boleh
dipasang di dalamnya. Sistem operasi seperti Windows XP memerlukan
sekurang-kurangnya 1 partition.
Contoh:
A:\>FDISK
Maklumat lanjut mengenai arahan-arahan DOS boleh di dapati di laman
web berikut;
http://www.computerhope.com/msdos.htm
http://w3.ag.uiuc.edu/AIM/CCSOcourses/DOS-rev.html
http://home7.inet.tele.dk/batfiles/msdos7/