Langkah 1:
Hidupkan komputer . Sebaik saja paparan muncul di skrin, tekan DEL untuk
masuk ke program BIOS. Jika sekiranya gagal, reset komputer dengan segera
menggunakan butang atau suis reset yang terletak di hadapan casing.
Masukkan cd pemasangan Windows XP ke dalam pemacu cd.
(Sesetengah komputer menggunakan kekunci F2 untuk masuk ke program
BIOS)
Langkah 2:
(1) Pada skrin utama program BIOS, pilih menu BOOT
(2) Pilih Boot Device Priority dan tekan kekunci Enter.
Langkah 3:
(1) Pilih 1st Boot Device Floppy Drive kemudian Enter.
Langkah 4:
(1) Pilih CDROM kemudian Enter.
Langkah 5:
(1) Pilih 2nd Boot Device, kemudian Enter dan pilih Hard Drive.
Langkah 6:
Perhatikan;
(1) 1st boot device bertukar kepada CDROM
(2) 2nd Boot Device bertukar ke Hard Drive
(3) Tekan kekunci F10 untuk menyimpan penetapan dan keluar dari
program BIOS.
Tekan kekunci Enter
selamat mencuba.. ;-p
sumber: putera.com