Followers

Photobucket

Monday, June 9, 2008

Menyangkal Kenyataan Ketua Wanita JIM

Share
Share
Menyangkal Kenyataan Kenyataan Ketua Wanita JIM : Dr Harlina Siraj Mengenai Isu Pakaian Pelajar Sekolah
Suruhan menutup aurat merupakan tuntutan agama islam kepada semua penganutnya dan perintah ini terkandung jelas dalam Al-Quran.
Firman Allah Dalam Surah An-Nur :
"Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya.
(Surah An-Nur : 31)
Jika dirujuk kepada Al-Quran konsep menutup aurat bukanlah bermaksud anggota-anggota tertentu telah ditutup semata-mata tetapi jika masih menampakkan bayang-bayang atau menampakkan lekuk-lekuk tubuh maka pakaian tersebut dikira masih belum menutup aurat lagi.
Begitu juga sekiranya pakaian yang dipakai itu bersifat ketat. Jika demikian, pelajar perempuan yang memakai pakaian sekolah pada hari ini, yang mana, pakaian itu berwarna putih sehingga menampakkan warna bra dan talinya sehingga menarik perhatian mata kaum lelaki juga tergolong dalam kategori tidak menutup aurat.
Kenyataan Ketua Wanita JIM Berikut Petikan Kenyataan Ketua Wanita JIM Dr Harlina Siraj :

Wanita JIM berpandangan saranan tersebut (cadangan Saudari Munirah) sebenarnya agak simplistik dan kurang efektif serta praktikal untuk menangani permasalahan sosial yang semakin meruncing.Wanita JIM berharap cadangan itu tidak menggambarkan tanggapan bahawa wanita adalah semata-mata objek seksual yang bertanggungjawab sepenuhnya menjaga moral masyarakat.

Golongan pelajar perempuan yang didapati berpakaian secara kurang sopan mestilah dididik dan dinasihati oleh ibu bapa, golongan dewasa dan para guru melalui pendekatan yang efektif dan berhemah, agar remaja ini menyedari akan tanggungjawab mereka menghormati tubuh badan sendiri di samping bijak membuat pilihan yang baik untuk kepentingan diri dan kebaikan orang lain.
Proses pendidikan ini juga haruslah merangkumi pelajar lelaki yang perlu didedahkan kepada sikap tanggungjawab yang tinggi di samping saling hormat - menghormati dalam hubungan silang jantina. Kawalan yang lebih efektif mestilah dikenakan terhadap unsur-unsur lucah yang dipaparkan dalam media elektronik, media cetak dan internet yang sememangnya mempunyai kesan negatif terhadap minda muda remaja.

Sedikit Ulasan :

Tidak wajar bagi sebuah badan yang membawa imej islam seperti JIM mengeluarkan kenyataan sebegini yang menggambarkan kecetekan pengetahuan mereka terhadap islam ini kerana kalau dilihat dari kenyataan Ketua HEWI PKPIM Saudari Munirah Mencadangkan Dua Cadangan iaitu :

1. Kementerian pendidikan digesa menukar warna baju pelajar perempuan kepada warna lain kerana baju pelajar sekarang terlalu nipis.

2. Jika kementerian masih ingin kekalkan warna putih Saudari Munirah mencadangkan supaya pelajar perempuan diwajibkan pakai tudung labuh atau diwajibkan memakai singlet dalam.
Sebagai seorang islam tidak sepatutnya kita mengeluarkan kenyataan tanpa melihat dari sudut maqasid tutup aurat itu sendiri.Cadangan Saudari Munirah itu sebenarnya selari dengan khendak syariat.
Bukankah tutup aurat itu merupakan merupakan tuntutan agama islam itu sendiri. Seseorang itu tidak dikira menutup aurat jika pakaian yg dipakai itu menampakkan tubuh badan atau terlalu ketat atau boleh menarik perhatian lelaki terhadapnya.
Maka kenapa JIM tidak menyokong kenyataan Munirah yang berpaksikan kepada tuntutan agama islam tetapi mengambil sikap berlawan arus dengan mengatakan puncanya adalah disebabkan kurang didikan agama.Memang betul salah satu faktornya ialah kurangnya didikan agama tetapi kita perlu melihat kepada mudarat yang akan menimpa apabila kita tidak berbuat sesuatu terhadap isu ini.

Mudaratnya terlalu besar kerana pakaian yang menampakkan benda yang tak sepatutnya nampak akan menaikkan nafsu manusia dan akibat daripada nafsu yang terangsang inilah manusia akan mencari mangsa dan melempiaskan nafsunya dengan jalan yang haram.
Berkenaan dengan bahaya pandangan ini telah berkata Ibnu Qayim :

Pandangan itu asal kebanyakkan terjadinya bala bencana yang menimpa manusia. Ini kerana, ianya mendatangkan lintasan, seterusnya lintasan itu mendatangkan ingatan, seterusnya ingatan itu menerbitkan syahwat, seterusnya syahwat menerbitkan keinginan yang kuat maka jadilah azam yang teguh, lantas berlakulah perbuatan(zina) selagi tiada sesuatu yang menghalangnya. Kerana inilah, dimadahkan Sabar pada memejam mata (tiada melihat perkara haram) ialah terlebih mudah daripada sabar terhadap kesakitan yang akan terjadi selepasnya.

Berdasarkan kenyataan Ibnu Qayyim ini kita dapat fahami bahwa mudarat yang dibawa oleh pandangan itu terlalu besar jika ia tidak dikawal. Maka untuk mengawalnya supaya tidak membawa bala kepda kita terdapat dua pihak yang bertanggungjawab. Pihak pertama lelaki itu sendiri kerana kesannya akan merangsang hawa nafsu dan melahirkan syahwat yang akhirnya akan membawa kepada tingkahlaku haram untuk memuaskan nafsu mereka. Pihak kedua merupakan golongan perempuan yang mana apabila mereka tidak menutup aurat mereka sebenarnya menarik perhatian mata lelaki.
Bantahan Wanita

Ramai wanita yang menimbulkan bantahan dengan mengatakan bahawa bagaimana memutup aurat dapat menyelamatkan wanita kerana pada hari ini ramai juga wanita yang bertudung kena rogol dan mereka berkata ini membawa maksud tudung bukan penyelamat kepada wanita.

Maka disini saya ingin bawakan jawapan Ustaz Zaharuddin Abd Rahman seorang pensyarah dari UIAM dalam Harian Metro ruangan AN-Nur bertarikh 6 Mei 2007 muka surat c 17.

Jawapan UZAR : Pernah anda berasa sangat marah sepanjang hidup anda? Biasanya apabila seseorang itu sangat marah, dia tidak dapat berfikir dengan waras samada bahaya atau tidak tindakannya.
Sebagai contoh, ada orang yang marah kerana bising tangisan kanak-kanak, maka ditendang (seperti berita yang saya baca di akhbar), ditolak jatun tangga, dicekup wajah kanak-kanak itu dengan bantal dan bermacam lagi bagi menghilangakan kemarahan atau gangguan bising itu. Beberapa ketika mungkin dia tersedar, lalu cemas dan mungkin menyesal.

Begitu juga dengan nafsu jahat, apabila ia ditahap tinggi, ia tidak lagi melihat kepada pakaian atau usia wanita atau isteri orang di depannya. Sasarannya hanya mendapatkan hajat jahatnya, kerana itu wanita yang menutup aurat dengan sempurna serta kanak-kanak perempuan juga terancam.

Mereka kemudian menyoal: " Macam mana pula ayat quran kata tutup aurat dapat mengelakkan wanita dari disakiti?"

Bagi saya, jika lihat dengan teliti, ayat tadi sebenarnya ditujukan kepada seluruh wanita. Ini bermaksud, jika sebahagiian besar wanita tidak mentaatinya dan memakai pakaian seksi, ketika itu faedah dan kebaikan daripada tutup aurat bagi menjaga semua wanita daripada disakiti secara umum akan tergugat daripada mencapai matlamat umumnya.

Sebenarnya ayat itu, hendak memberitahu bahawa seluruh wanita bertanggungjawab menjaga keselamatan kaum sejenisnya dengan menjaga aurat masing-masing. Apabila ada yang seksi, ini bermakna dia mengancam kaum sejenisnya yang lain dan di tempat lain kerana ia menghidupkan nafsu ' kebinatangan' lelaki jahat.

Ulasanku :
Diantara tanda Allah memuliakan manusia daripada binatang ialah adanya sempadan-sempadan aurat yang tidak boleh diperlihatkan kepada orang lain. Maka jika sekiranya kita tidak mahu menutup aurat maka kita sebenarnya ingin mengikuti gaya hidup binatang yang tidak ada sempadan-sempada aurat. Maka jika demikian apakah bezanya kita dengan binatang dari sudut menutup aurat? Fikir-fikrikan.

Al-Faqir Ilallah...

Geekspro
blog comments powered by Disqus
JomTutorial.com
 
<

ShoutMix chat widget
>
JOM TUTORIAL Copyright © 2009 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template