Taiwan lancar komputer bimbit mini termurah
TAIPEI - Dua pengeluar komputer utama Taiwan melancarkan komputer riba mini dengan harga terendah di pameran komputer terbesar di Asia semalam.
Syarikat gergasi berkenaan, Asustek Computer Inc. atau lebih dikenali sebagai Taipei Computex mengumumkan beberapa pembaharuan terhadap kejayaan komputer riba model Eee PC rekaannya pada pembukaan pameran selama lima hari itu.
"Kami telah melakukan sedikit pembaharuan berikutan permintaan pengguna sejak beberapa tahun lalu," kata Ketua Pegawai Eksekutif Asustek, Jerry Shen.
Produk terkini yang dikenali sebagai Eee PC 901/1000 dilengkapi dengan kemudahan Wi-Fi 802.11n, perkhidmatan internet serta boleh memuat turun filem selama 30 minit hanya sesaat.
Bagaimanapun, sebuah lagi pengeluar komputer utama Taiwan, Acer Inc. turut melancarkan komputer riba mini harga rendah pertama keluarannya dengan model Aspire One.
"Produk ini akan memastikan para pengguna dapat menikmati sebuah perkakasan mudah alih sebenar dan dapat menggunakan perkhidmatan wayarles di mana-mana sahaja," kata Naib Presiden Kanan Korporat, Jim Wong.
Kedua-dua komputer riba itu dijual pada harga AS$560 (RM1,803) hingga AS$660 (RM2,125) bagi model Eee PC manakala Aspire one pula berharga AS$399 (RM1,284) hingga AS$499 (RM1,606) sebuah di pasaran Amerika Syarikat. - AFP