Followers

Photobucket

Sunday, June 1, 2008

Binaan Dalam Cakera Keras.

Share
Share Cakera Keras.



Cakera keras terdiri dari kepingan cakera bulat yang diperbuat dari keluli. Di
atas permukaan cakera ini terdapat lapisan magnet yang sangat nipis. Di atas
permukaan inilah data disimpan. Kepala baca-tulis berfungsi sebagai alat untuk
membaca atau menyimpan data di atas permukaan cakera. Semasa cakera
keras berfungsi samada menyimpan data atau membaca data untuk disimpan
ke dalam memori, kepingan cakera akan berpusing dengan ligat, manakala
kepala baca tulis akan bergerak arah ke dalam atau keluar kepingan cakera.

Sebelum ini telah dinyatakan, cakera keras adalah sebagai ruang simpanan
fail-fail sistem atau fail pengguna. Cakera keras yang baru dibeli sebenarnya
tidak mempunyai ruang untuk menyimpan data. Pengguna mestilah melakukan
suatu proses penyediaan ruang terhadap cakera tersebut proses ini dinamakan
‘partitioning’ dan ‘formatting’. Cakera keras perlu dibuat partition dan diformat
terlebih dahulu sebelum ia dapat digunakan.

Partition Cakera Keras

Partition bermaksud ruang di dalam cakera keras yang membolehkan sistem
operasi menguruskan fail-fail sistem di dalamnya. Cakera keras boleh dibahagibahagikan
kepada beberapa partition yang berlainan fail sistem bagi
membolehkan beberapa sistem operasi dipasang di dalamnya.

Contohnya cakera keras dibahagikan kepada 3 partition.

· Partition pertama adalah FAT32 yang digunakan untuk pemasangan
sistem operasi Windows 98

· Partition kedua adalah NTFS yang digunakan untuk pemasangan
windows XP.

· Partition ketiga adalah EXT3 yang digunakan untuk pemasangan sistem
operasi Linux.

Dengan kata lain partition mempunyai ruang dengan saiz tertentu dan jenis
sistem fail yang sesuai untuk pemasangan sistem operasi.

Format Partition

Cakera keras yang telah dibuat partition perlu diformat terlebih dahulu. Apakah
yang dimaksudkan dengan format?
Format bermaksud suatu kaedah untuk membentuk track, sector dan cluster di
atas permukaan cakera bagi membolehkan fail-fail disimpan di dalamnya.

Trek Dan Sektor

Trek adalah bulatan yang terdapat di atas permukaan cakera dan sektor
merupakan ruang-ruang pada trek yang telah dibahagi-bahagikan kepada
beberapa bahagian yang lebih kecil. Jumlah sektor pada setiap trek tidak sama
kerana ia bergantung kepada kepadatan trek bagi setiap permukaan cakera.
Jumlah sektor pada setiap trek adalah sebanyak 900 atau lebih. Setiap sektor
mempunyai kapasiti 512 byte. Nilai ini digunakan sejak mula dicipta hingga
sekarang.

blog comments powered by Disqus
JomTutorial.com
 
<

ShoutMix chat widget
>
JOM TUTORIAL Copyright © 2009 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template