sebagaimana sabda Rasulullah, yang bermaksud: �Sebesar-besar dosa (dosa besar) ialah menyekutukan Allah, membunuh manusia, derhaka kepada ibu bapa dan menjadi saksi palsu.� (Hadis riwayat ImamBukhari).
Sebagai seorang anak, mengeluarkan kata-kata kesat, memaki, mencaci, meninggikan suara atau mengherdik terhadap ibu bapa adalah ditegah sama sekali. Ini jelas sebagaimana firman Allah,
yang bermaksud: �...Janganlah kamu mengatakan kepada kedua-duanya (ibu bapa) dengan perkataan ah, dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.� (Surah al-Isra�, ayat 23).
Balasan terhadap kesalahan menderhaka terhadap ibu bapa akan dirasakan ketika di dunia lagi.
Sabda Nabi, yang bermaksud: �Semua dosa ditangguhkan oleh Allah (seksaannya) mana-mana yang dikehendaki-Nya sehingga ke hari kiamat, melainkan dosa kerana menderhaka dua ibu bapa. Maka sesungguhnya, Allah akan segerakan seksaan dan a zab ke atas pelakunya ketika hidupnya, sebelum mati.� Hadis riwayat Tabrani dan Hakim)
Seksa dan azabnya derita yang ditanggung oleh anak derhaka di dunia ini begitu banyak. Di antaranya ialah hidup tidak dilindungi keberkatan atau sering risau dan gelisah. Rumah tangga pula sentiasa berada dalam keadaan kucar-kacir dan selalu dicemuh orang. Kekayaan habis dibelanjakan kepada perkara tidak berfaedah. Anak itu juga tidak dapat merasakan kenikmatan hidup. Kerana itu,berbuat baik kepada ibu bapa sangat dituntut dalam Islam.