Followers

Photobucket

Friday, May 23, 2008

Tutorial 2

Share
Share

MEMBINA STRIP FILEM

Di tutorial ini kita akan mempelajari bagaimana hendak membina satu strip filem.

1) Mulakan dengan File -> New dengan ukuran Width : 600 px Height :1000 px. Background : Transparent.

2) Tambah 1 layer dan di atasnya dengan menggunakan Rectangel Marquee Tool lukiskan satu segiempat di tengah-tengah menun ggalkan sedikit ruang di kiri dan kanan. Warnakan segiempat yang dibina dengan wana hitam.

3) Kemudian pilih Background eraser Tool.



Di sebelah atas iaitu setting diameter bagi tool ini, setkan diameter diantara 20-30, Hardness 100% dan spacing 160%.
Ia sebenarnya bergantung juga kepada saiz imej yang telah anda bentuk pada awal tutorial ini tadi.












4) Sekrang klik di atas penjuru kiri kotak hitam. Dan sambil menekan butang Shift tanpa dilepaskan klik pula penjuru bawah kiri kotak hitam. Dengan cara yang sama lakukan di sebelah kanan. Anda akan perolehi seperti berikut:
















5) Kini aturkan 3 keping gambar di tasnya secara menegak.


6) Kita akan cantikkan lagi strip filem ini, sekarang kita padamkan tanda mata yang terdapat di pallete layer sebelah Background. Kemudian alihkan mouse di mana-mana layer lain di palette, klik butang kanan dan pilih Merge Visible.



7) Dengan mouse di layer filem klik Filter => Distort -> Shear dengan anda cuba adjustkan settingnya mengikut kehendak anda.


8) Teruskan dengan mengklik Edit -> Transform -> Free Transform dengan setting seperti berikut:


9) Di pallete layer pula pilih Belending Option untuk mewujudkan Drop Shadow dengan ketentuan berikut:


10) Akhirnya kita akan menambahkan warna latarbelakang. Klik Layer 1 dan tentukan warna Foregound dan backgorung. Anda boleh menimbulkan kesan gradient pada latarbelakang seperti ini:





Setelah mengikuti tutorial ini anda boleh membuat membina strip filem sendiri yang mungkin lebih menarik. Silalah cuba.

Selamat berjaya.


blog comments powered by Disqus
JomTutorial.com
 
<

ShoutMix chat widget
>
JOM TUTORIAL Copyright © 2009 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template