membersihkan fail-fail yang tidak diperlukan dalam sistem Windows bagi
menjamin kelancaran fungsi sistem operasi Windows.
Program ini boleh didapati secara percuma di laman web;
http://www.ccleaner.com/ atau http://www.filehippo.com/
Memasang Program CCleaner:
1. Setelah memuat turun fail ccleaner dan disimpan di dalam cakera keras.
2. Klik 2 kali pada fail ccsetup207 (versi masakini)
Menggunakan CCleaner:
Langkah 1: CCleaner setting.
Tandakan semua petak dalam senarai cleaner setting.
Klik butang Analyze.
Langkah 2: CCleaner setting.
Perhatikan hasil analisa pada sebelah kanan. Senarai yang ditunjukkan
merupakan fail yang perlu dihapuskan dari sistem Windows.
Klik Run Cleaner. Jika perlu klik Run Cleaner sekali lagi sehingga semua
fail dibersihkan. gambar di bawah:
Langkah 3:Pembersihan sistem Windows perlu dilakukan seterusnya.
Klik Menu Issues (lihat gambar di bawah)
Kemudian klik Scan for Issues.
Tunggu proses mengimbas selesai.
Setelah selesai, klik Fix selected issues.
Langkah 4:Untuk langkah berjaga-jaga, buat backup fail registry dengan menekan Yes.
Klik No untuk meneruskan proses pengimbasan.
Klik Fix All Selected Issues dan klik OK. Setelah selesai, klik Close.
Tutup program CCleaner.
Selamat mencuba.. ;-)