iaitu komponen perkakasan luaran dan komponen perkakasan dalaman.
KETERANGAN
Komponen 1 dikenali dengan Unit Sistem. Pada bahagian luar
atau badannya dikenali dengan nama casing yang berfungsi
sebagai pelindung kepada perkakasan dalaman komputer
seperti prosesor, memori, cakera keras, papan induk, kad
tambahan dan lain-lain. Komponen ini merupakan komponen
terpenting dalam sistem komputer peribadi dan setiap pengguna
harus tahu apa yang terkandung di dalamnya.
Komponen 2 dalam sistem komputer dikenali sebagai
komponen keluaran atau output. Contohnya monitor, LCD
projector dan lain-lain
Komponen 3 adalah komponen masukan atau input. Arahanarahan
dan data dimasukkan ke dalam unit sistem melalui
komponen ini seperti papan kekunci dan tetikus.
Komponen 4 dikenali dengan istilah periferal atau perkakasan
tambahan seperti pembesar suara, pengimbas dan pencetak
KOMPONEN DALAM SISTEM UNIT
1. Papan Induk------------------- Motherboard
2. Prosesor ---------------------- CPU Central Processing Unit
3. Memori Utama / -------------- RAM Random Access Memory
4. Cakera Keras ------------------Hard Disk
5. Pemacu cakera liut (FDD) ----- Floppy Disk Drive
6. Pemacu cd-rom (CDD) -------- Cd-rom Drive
7. Kad Paparan atau ------------- kad grafik VGA Card
8. Unit bekalan kuasa ------------Power Supply Unit
9. Kad bunyi ---------------------Sound Card
10. Modem ----------------------Modem(internal)
11. Kad rangkaian --------------- Network Interface Card
12. Kotak pelindung ------------- Casing