Followers

Photobucket

Monday, May 26, 2008

BIT dan BYTE

Share
Share
Komputer beroperasi menggunakan sistem
nombor yang berasaskan 2 digit iaitu 0 dan 1 sahaja atau diistilahkan sebagai
Binary System. Nombor 1 atau 0 itu adalah sebagai simbol kepada ada arus
elektrik (1) atau ketiadaan arus elektrik (0) yang mengalir di dalam papan litar.

Dengan kata lain komputer beroperasi dengan gabungan samada ada arus
atau tiada arus di dalamnya dalam jumlah yang tertentu. Keadaan ada arus
atau tiada arus merupakan nilai yang terkecil sekali dalam sistem komputer.
Nilai ini dipanggil BIT (binary digit)
1 bit adalah suatu nilai yang mewakili 0 atau 1

1 bit bukanlah merupakan maklumat kepada kita. Maklumat bermaksud data
yang berguna walaupun 1 huruf contohnya huruf A. Jadi komputer
menggabungkan bilangan bit biasanya 8 bit untuk membentuk 1 huruf atau
lebih tepat 1 aksara. Gabungan 8 bit ini diistilahkan sebagai BYTE.

1 byte = 8 bit
atau boleh disebut
1 byte = 1 aksara.

Hasil dari gabungan 8-bit ini dalam susunan yang berbeza boleh membentuk
256 aksara yang cukup untuk memberi maklumat kepada manusia secara
keseluruhannya. Ini termasuklah abjad, nombor, tanda baca, operasi pengiraan
dan simbol.

Setiap aksara telah ditetapkan satu nilai atau kod piawai. Piawaian ini dikenali
dengan nama ASCII (American Standard Code for Information Interchange).
Senarai kod ASCII boleh dilihat dalam jadual di bawah.

Jadual ASCII Codes



Jadual ASCII Codes



Jadual ‘Extended ASCII Codes



Sebagai contoh:

Nilai bit bagi aksara A boleh ditentukan dengan menukar nilai decimal ke
binary. Nilai decimal A bersamaan 65

65 = 0100 0001
A = 0100 0001


blog comments powered by Disqus
JomTutorial.com
 
<

ShoutMix chat widget
>
JOM TUTORIAL Copyright © 2009 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template