Pertama sekali sy nak tny anda semua.. pelayar internet mane yang selalu anda guna?
Kali ni Microsoft maju setapak lagi setelah melancarkan pelayar baru iaitu Internet Explorer 9 Beta yang akan mencabar browser yang sedia ada sekarang seperti Firefox, Chrome, Opera, Safari dan sebagainya. Internet Explorer 9 Beta (IE9 Beta) dilancarkan pada 15 September 2010 di San Francisco. Dalam acara pelancarannya "Beauty of the Web", Microsoft mengumumkan IE9 Beta boleh dimuat turun dalam 33 bahasa. IE9 Beta menggunakan sepenuhnya kemampuan komputer pengguna bagi meningkatkan kelajuan dan prestasi sesebuah laman web.
jom kite tengok ape yang menarik pada Internet Explorer 9 Beta:
1. Antaramuka yang simple dan minimal
Sangat ringkas, Menyokong aero glass, adress bar dan search bar telah digabungkan serta tab bar dalam kedudukan selari dengan adress bar. ini menjadikan ruang pembacaan pada IE9 menjadi lebih luas dari Google Chrome .
2. Paparan website popular pada new tab
IE9 akan memaparkan senarai website-website popular yang anda selalu buka. Fungsi ini adalah mirip kepada speed dial Opera dan Chrome, yang bezanya IE9 hanya memaparkan favicon dan bukannya thumbnail sesebuah website tersebut.
3. Pin Web Appa pada Taskbar
fungsi ni yang paling saya suka pada IE9 , iaitu keupayaan untuk pin web apps pada taskbar. Contohnya, anda boleh drag page facebook, gmail, youtube, dll pada taskbar bagi memudahkan anda membuka website tersebut seakan-akan aplikasi biasa.
4. Download Manager Baru Yang Kemas.
download manager baru yang lebih kemas jika dibandingkan dengan IE7 & IE8 serta ada fungsi resume untuk proses download yang terputus.
5. GPU accelerated rendering
IE9 mempunyai sokongan GPU accelerated rendering, iaitu penggunaan grafik card pada komputer anda untuk meningkatkan kelajuan rendering sesebuah website. Website yang menggunakan HTML5 juga load dengan sangat bagus dan laju.
6. Laju Berbanding IE7 dan IE8
Secara keseluruhan IE9 beta sangat laju, baik dari segi rendering website, startup time, exit time dan sangat responsive walaupun menguruskan banyak tabs. Memory usage lebih rendah ketika membuka banyak tabs berbanding Firefox 4 dan Chrome 7.
Keperluan minimum sistem untuk menggunakan IE9 Beta
Keperluan Komputer (Computer/Processor)
Prosesor 233 Megahertz(MHz) atau lebih.
Sistem Operasi (Operating System)
Windows Vista 32-bit Service Pack 2 (SP2)
Windows Vista 64-bit Service Pack 2 (SP2)
Windows 7 32-bit
Windows 7 64-bit
Windows Server 2008 32-bit Service Pack 2 (SP2)
Windows Server 2008 64-bit Service Pack 2 (SP2)
Windows Server 2008 R2 64-bit Service Pack 2 (SP2)
Kelajuan Memori (Memory Speed)
512 megabytes (MB)
Ruang Cakera Keras (Hard Drive Space)
Pengguna Windows Vista 32-bit memerlukan 70 MB
Pengguna Windows Vista 64-bit memerlukan 120 MB
Pengguna Windows 7 32-bit memerlukan 70 MB
Pengguna Windows 7 64-bit memerlukan 120 MB
Pengguna Windows Server 2008 32-bit memerlukan 150 MB
Pengguna Windows Server 2008 64-bit memerlukan 200 MB
Pengguna Windows Server 2008 R2 64-bit memerlukan 200 MB
Internet Explorer 9 Beta hanya boleh digunakan pada Windows 7 dan Vista (32bit serta 64 bit) dan tidak boleh diinstall pada Windows XP.
DOWNLOAD IE9 :
- Download IE9 Beta (Windows 7 32Bit) – http://download.microsoft.com/download/9/9/A/99A2B65C-BBFE-4092-BAEF-EB1FE4DE7706/IE9-Windows7-x86-enu.exe
- Download IE9 Beta (Windows 7 64Bit) – http://download.microsoft.com/download/9/9/A/99A2B65C-BBFE-4092-BAEF-EB1FE4DE7706/IE9-Windows7-x64-enu.exe
- Download IE9 Beta (Windows Vista 32Bit) – http://download.microsoft.com/download/3/7/E/37E6953F-684E-4E6B-987C-013135FFB181/IE9-WindowsVista-x86-enu.exe
- Download IE9 Beta (Windows Vista 64Bit) – http://download.microsoft.com/download/7/6/F/76FA1EB3-6D7D-4BFE-8CA1-8EB7AC13D5AE/IE9-WindowsVista-x64-enu.exe
Selamat Mencuba..