Followers

Photobucket

Saturday, August 14, 2010

Tutorial Menggunakan Norton Ghost Untuk Backup Windows

Share
Share .




images
Salam semua.. atas permintaan sahabat2 kali ni sy sediakan tutorial cara menggunakan Norton Ghost.

ape tujuan menggunakan Norton Ghost ni??

Norton Ghost ialah perisian yg membolehkan anda membuat backup atau salinan kepada Windows anda dalam bentuk file. kebiasaannya sy akan Ghost windows sy slps sy format dan selesai install driver dan program2 yg selalu sy guna (windos tgh fresh lg baru lps format).. tujuannya..

sekiranya Windows sy kemudian hari mengalami masalah sehingga tak dapat nak buka langsung. ape yg sy perlu buat ialah Restore sahaja fail Ghost tadi, dan Windows akan kembali fresh seperti sediakala, lengkap dengan segala software yang sy telah install td.. jd sy tidak perlulah bersusah payah format pc sy yg memakan masa agak lama berbanding dgn Restore fail Ghost yg hanya memakan masa kurang dari 5 minit.

Selain itu, operasi Ghost juga sesuai digunakan jika anda dikehendaki untuk install Windows ke dalam beberapa buah PC. Buat backup Ghost pada PC pertama, kemudian restore fail Ghost tersebut kepada semua PC yang lain. Cara ini jauh lebih pantas kerana operasi restore Ghost cuma mengambil masa kurang 5 minit sahaja berbanding proses install Windows yang mungkin memakan masa hingga 30 minit.

Download Link:
Norton Ghost - 2.88MB

terdapat pelbagai versi nortan ghost tp saya lebih sarankan anda menggunakan bootable CD atau disket berbanding install ghose melalui windows.

Pada kali ini, saya akan menunjukkan cara-cara membuat backup Ghost yang anda boleh simpan dalam bentuk fail. Ikuti langkah-langkah di bawah:

Buat Backup Ghost Pada Partition

download ghost yg telah sy uploadkan dan burn file iso tu kedalam cd.
  1. Hidupkan komputer anda dan masukkan CD Norton Ghost. Pastikan anda telah mengubah boot sequence kepada CD.
  2. pilih backup image pada menu yang dipaparkan dan Skrin Norton Ghost akan dipaparkan.
  3. Pilih Local > Partition > To Image. Pilihan ini bertujuan untuk membuat backup untuk partition anda, dan menyimpannya dalam bentuk fail.
    Norton Ghost
  4. Pilih hard disk yang mengandungi partition tersebut.
    Norton Ghost
  5. Pilih partition yang anda hendak backup.
    Norton Ghost
  6. Anda dikehendaki memilih tempat di mana fail Ghost akan disimpan. Pilih folder yang anda mahu, berikan nama untuk fail Ghost, dan klik Save.
    Norton Ghost
  7. Klik OK pada mesej “Proceed with partition image creation?”. Tunggu hingga proses backup selesai, dan anda boleh restart semula PC anda.
Norton Ghost










setelah selesai backup anda perlu simpan file ghost yg ada save pada langkah 6 tadi.. save dlm D: atau external atau pun dalam dvd.. biasanya sy save dlm external je.

Restore Fail Ghost Kepada Partition

  1. Hidupkan komputer anda dan masukkan CD Norton Ghost. Pastikan anda telah mengubah boot sequence kepada CD.
  2. Skrin Norton Ghost akan dipaparkan.
  3. Pilih Local > Partition > From Image. Pilihan ini bertujuan untuk restore semula fail Ghost tadi kepada partition asal.
    ghost-09
  4. Pilih fail Ghost tersebut dan klik Open.
    ghost-10
  5. Pilih partition yang mengandungi fail Ghost (file ghost yg anda backup td).
    ghost-11
  6. Pilih hard disk yang mengandungi partition asal.
    ghost-12
  7. Pilih partition yang yang anda hendak restore.
    ghost-13
  8. Klik OK pada mesej “Proceed with partition restore? Destination partition will be permanently overwritten”. Tunggu hingga proses restore selesai, dan anda boleh restart semula PC setelah proses selesai.
    ghost-14
setelah siap restore ghost windos anda akan kembali fresh spt sediakala..
sekian.. selamat mencuba..
blog comments powered by Disqus
JomTutorial.com
 
<

ShoutMix chat widget
>
JOM TUTORIAL Copyright © 2009 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template