Berikut adalah beberapa petanda:-
1. Perubahan dalam saiz fail.
2. Perubahan pada tarikh fail walaupun fail itu tidak diubahsuai.
3. Program mengambil masa yang agak lama untuk dijalankan.
4. Operasi sistem yang perlahan.
5. Pengurangan ruang cakera keras dan memori yang tidak dapat dikesan puncanya.
6. Sektor rosak pada disket.
7. Paparan mesej kerosakan yang ganjil.
8. Aktiviti skrin yang ganjil.
9. Aturcara tidak dapat dijalankan.
10. Sistem boot gagal semasa sistem bermula atau semasa memboot daripada pemacu A:
11. Terdapat aktiviti pencapaian cakera keraas semasa tiada aktiviti sedang berjalan.
Selain itu, terdapat juga petanda yang lain seperti berikut:-
1. Pc menjadi hang selepas dibuka.
2. Keupayaan atau prestasi pc tiba-tiba sahaja menjadi lembab, sebarang aplikasi atau file yg hendak dibuka menjadi perlahan.
3. Keluar mesej "out-of-memory" walaupun pc sudah ada memori yg mencukupi.
4. Sistem windows tidak boleh dijalankan, walaupun kita tidak pernah sentuh bahagian setting dekat registry.
5. Fail-fail penting yang digunakan utk menjalankan sistem secara tiba-tiba hilang.
6. Terdapat program yg tak pernah diinstall sebelum ini, tiba-tiba muncul dan beroperasi dengan sendirinya.
7. Terdapat proses yang tidak diketahui sedang beroperasi dan menggunakan banyak sumber cpu.
8. Kita tidak berjaya atau tidak dapat install sebarang program atau aplikasi yg baru.
9. Windows tiba-tiba sahaja restart dan proses ini berlaku berulang-ulang kali.
10. Scandisk melaporkan banyak "error'pada harddisk selepas scan, padahal harddisk tu tiada masalah.
11. Program atau aplikasi yang sebelum ini boleh digunakan crash secara tiba2.
12. Drive partition bagi cakera keras, cd rom, dan floppy tiba-tiba sahaja hilang.
13. Menerima emel yg mempunyai attachment ganjil, contohnya, mengandungi dua extension.
14. Perisian antivirus hilang secara tiba-tiba.
15. Perisian antivirus tidak boleh di install.
16. Dialog box terpapar pada skrin secara tiba-tiba.
18. Icon ganjil terpapar pada sistem tray walaupon tidak pernah dipasang sebelum ni.
19. Muzik atau audio dimainkan dengan tiba-tiba2 tanpa ada arahan.
20. Saiz sesuatu fail berubah walaupun kita tidak mengubahnya sebelum ini.