TITISAN AIR DI DAUN
Di tutorial ini kita akan mempelajari bagaimana hendak melukis satu titisan air di atas sekeping daun.
Di sini saya menggunakan 1 keping imej iaitu daun.jpg
1) Mulakan Photoshop dan Open file dan pilih daun.jpg anda.
2) Tambahkan 1 layer (Layer -> New -> Layer -> OK) dan bina satu pilihan berbentuk bulat menggunakan Elliptical Marquee Tool . Ia tak perlu bulat yang sempurna, asalkan ada rupa bulat sudah memadai. Untuk tujuan pembelajarn di bahagian ini cuba ikuti sepertimana yang saya lakukan di bawah.
3) Sekarang tekan huruf D pada keyboard supaya menjadikan warna foregroundnya hitam dan backgroundnya putih.
4. Dengan pilihan bulatan yang masih aktif, sekarang pilih ikon gradient dan pilih jenis linear.
5. Di sebelah atas terdapat opsyen untuk gradient:
6. Pastikan anda memilih mengikut A, B dan C. Untuk C pastikan kotak reverse TIDAK ditandakan.
7. Kita akan mula mengecat gradient ini dari satu penjuru atas ke penjuru bawah dengan sedikit mengiring (dari titik merak ke titik biru) seperti di bawah:
8. Setelah itu, tekan Ctrl D di keyboard.
9. Di layers palette setkan mod blending lapisan ini kepada Overlay.
10. Tambah Layer Style dengan mengklik ikon kecil di layer palette.
11. Pertama pilih Drop Shadow dengan setting seperti di bawah:
12. Kedua pilih Inner Shadow dengan setting seperti di bawah ini:
13. Anda akan memperolehi hasil seperti berikut:14. Klik huruf X di keyboard. Untuk menjadikan titisan air itu lebih "natural" kita akan letakkan satu titik putih di pepenjuru atas sebelah kiri menggunakan Brush Tool (Hard) dengan 6 atau 7 pix.
15. Sekarang dengan teknik yang serupa di 1 -14 anda boleh lakukan sendiri titisan air yang lain dengan pelbagai bentuk dan setting yang anda sukai.
Mudah bukan?
Selamat berjaya.