Followers

Photobucket

Wednesday, May 28, 2008

BIOS

Share
Share BIOS



Rajah : Kedudukan BIOS


BIOS (Basic Input Output Sistem)
BIOS merupakan suatu program yang menjadi perantaraan perkakasan dan
sistem operasi. Selain dari itu BIOS merupakan program (driver) kepada semua
perkakasan komputer di dalam sistem komputer peringkat awal dahulu.
Program BIOS disimpan di dalam memori jenis ROM (read-only memory). Cip
memori ROM juga mengandungi program POST (power on self test) dan boot
loader.

Program BIOS boleh dibuka dengan dua cara iaitu;

1. Hidupkan komputer, tekan kekunci DEL selepas beberapa saat
komputer dihidupkan sebelum program BIOS sempat melakukan boot
melalui cakera.

2. Lakukan proses ‘clear CMOS’ semasa komputer belum dihidupkan.
Kemudian hidupkan komputer, tekan kekunci DEL bila terdapat mesej di
skrin monitor.


Pengeluar BIOS yang popular masakini ialah Award dan AMI (American
Megatrend Inc). Rajah di bawah adalah contoh program BIOS yang dicipta oleh
AMI.



Rajah: Menu utama Award BIOS.

Menggunakan BIOS

BIOS berkait rapat dengan proses pemasangan komputer kerana semua
setting bagi setiap perkakasan disimpan di dalam BIOS. Perkakasan tidak
boleh berfungsi atau tidak berfungsi dengan betul jika penetapan di dalam
BIOS terdapat ralat. Dengan kata lain kita boleh menyingkirkan sesuatu
perkakasan yang telah dipasang dengan menggunakan BIOS. Oleh kerana
BIOS mempunyai banyak versi ada kemungkinan menu utama tidak sama
dengan komputer lain.

Menu Award BIOS

Beberapa penetapan penting dalam BIOS
‘Standard CMOS Features’
Menu ini mempunyai penetapan asas komputer seperti tarikh, masa, cakera
keras, pemacu cakera liut yang disimpan di dalam memori CMOS.

sumber: buku IT
blog comments powered by Disqus
JomTutorial.com
 
<

ShoutMix chat widget
>
JOM TUTORIAL Copyright © 2009 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template