Followers

Photobucket

Saturday, May 24, 2008

Menggunakan Utiliti System Restore

Share
Share Dengan menggunakan System Restore anda boleh membuat backup fail-fail
sistem Windows seperti fail registry. System Restore adalah program system
tool yang telah sediada dalam Windows XP. Restore point digunakan untuk
menyimpan keseluruhan penetapan Windows XP. Jika berlaku sebarang
masalah kepada sistem Windows, anda boleh gunakan Restore point untuk
menyelesaikan masalah. Persekitaran Windows akan kembali ke keadaan asal
ketika restore point dicipta.


Memulakan System Restore.
Klik Start  All Programs  Accessories  System Tools  System
Restore






Klik Create a restore point. Klik Next





Taip keterangan restore point contoh: point 1 – ccleaner
Kemudian klik Create.



Restore point telah dihasilkan lengkap dengan tarikh dan masa serta nama
restore point yang diberikan. Klik Close untuk menyiapkan aktiviti.
Cara Menggunakan Restore Point.
Buka program System Restore sama seperti di atas.

Klik Start  All Programs  Accessories  System Tools  System Restore




Klik Restore my computer to an ealier time. Klik Next




Klik tarikh dan nama restore point yang dikehendaki. Kemudian klik Next. Klik
Next sekali lagi untuk meneruskan proses.
Klik Close apabila selesai.

Setelah selesai melakukan penyelenggaraan Windows XP, tutup
komputer jika anda ingin memasang kad modem, pencetak, pengimbas
dan lain-lain.
blog comments powered by Disqus
JomTutorial.com
 
<

ShoutMix chat widget
>
JOM TUTORIAL Copyright © 2009 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template